•March 25, 2010 • Leave a Comment

selamat datang ke wordpress..
PERHATIAN!!!!
PMFST telah berpindah di blog yang baru…
kini segala maklumat dan perkembangan semasa akan disiarkan di laman blog yang baru…

layari: http://pmfstukm.blogspot.com/ untuk mengikuti perkembangan fakulti yang kita cintai ini….
sekian terima kasih

•March 19, 2010 • Leave a Comment

barisan pimpinan PMFST sesi 2010/2011

AGM PMFST

•February 21, 2010 • Leave a Comment

•December 29, 2009 • Leave a Comment

aLL tHE bEST tO aLL oF yOU…..

•October 19, 2009 • Leave a Comment

 

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI  PEPERIKSAAN , SEMOGA KEJAYAAN

MILIK KITA SEMUA. INSYAALLAH

 

gudluck

3530172633_07b272c965

 

3044465535_d0926fa13c_o

Analisis: Influenza A H1N1

•October 6, 2009 • Leave a Comment

 

oleh: Sekretariat R&D PMFST

ANALISIS KAJI SELIDIK TERHADAP SOAL ISU SEMASA

Tajuk : INFLUENZA A H1N1

Pada 14 September 2009 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) telah menjalankan kaji selidik tentang tajuk ‘Influenza A H1N1’ terhadap 150 orang responden yang kesemuanya terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kaji selidik ini telah melibatkan seramai 38 orang mahasiswa dan 112 orang mahasiswi yang terdiri daripada berbilang bangsa. Antara jumlah responden mengikut jantina dan kaum adalah seperti berikut:

JANTINA/KAUM

MELAYU

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

JUMLAH

LELAKI

19

15

2

2

38

PEREMPUAN

72

34

4

2

112

JUMLAH RESPONDEN

150

 

 

Berikut adalah hasil kaji selidik tentang kajian influenza A H1N1 yang telah dijalankan  :

 

Soalan 1 : Pada pemerhatian anda, adakah tahap influenza A H1N1 serius di UKM?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 15 23
PEREMPUAN 46 66
JUMLAH 61 89

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

 Untitled1

Soalan 2 : Pada pandangan anda, adakah pihak pentadbiran UKM cukup memandang serius akan penularan wabak influenza A H1N1 dalam kalangan warga UKM?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 14 24
PEREMPUAN 92 20
JUMLAH 106 44

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

 peratus9

Soalan 3 : Pada pendapat anda, wajarkah penutupan institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah ditutup untuk mengurangkan penularan virus Influenza A H1N1?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 30 8
PEREMPUAN 76 36
JUMLAH 106 44

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

 peratus8

Soalan 4 : Pada pendapat anda, adakah pemakaian penutup mulut dan hidung berkesan dalam menghindari penularan Influenza A H1N1?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 27 11
PEREMPUAN 78 34
JUMLAH 105 45

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

 peratus7

Soalan 5 : Adakah anda tahu bahawa pemakaian penutup mulut dan hidung perlu ditukar setelah dipakai selama empat jam kerana akan berlaku pengumpulan virus?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 24 14
PEREMPUAN 84 28
JUMLAH 108 42

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

 peratus6

Soalan 6 : Adakah anda mengamalkan jarak yang selamat ketika berkomunikasi untuk menjauhi Influenza A H1N1?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 9 29
PEREMPUAN 48 64
JUMLAH 57 93

 

Peratus keseluruhan mengikut responden adalah seperti berikut :

 peratus5

Soalan 7 : Adakah anda mengamalkan pengambilan epal hijau sebagai langkah untuk menghindari jangkitan Influenza A H1N1?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 11 27
PEREMPUAN 20 92
JUMLAH 32 119

 

Peratus keseluruhan mengikut responden adalah seperti berikut :

 peratus4

Soalan 8 : Adakah anda mengetahui golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Influenza A H1N1?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 26 12
PEREMPUAN 82 30
JUMLAH 108 42

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

 peratus3

Soalan 9 : Adakah anda peka dengan masalah kesihatan anda dengan membuat pemeriksaan doktor serta-merta apabila mempunyai salah satu atau lebih tanda-tanda dijangkiti influenza A H1N1?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 21 17
PEREMPUAN 86 26
JUMLAH 107 43

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

peratus2

 

Soalan 10 : Adakah anda bersetuju bahawa kesedaran menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan betul adalah hikmah berlakunya H1N1?

JANTINA / PANDANGAN YA TIDAK
LELAKI 35 3
PEREMPUAN 101 11
JUMLAH 136 14

 

Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

 peratus kesedaran

 

ANALISIS HASIL TEMURAMAH DENGAN PENSYARAH :

Antara kesimpulan-kesimpulan hasil temuramah dengan pensyarah tentang H1N1 pada 15 September 2009 yang lalu adalah seperti di bawah :

  1. Virus influenza A H1N1 adalah merupakan sejenis mikrob yang terdiri daripada kot luar, protein dan 11 bahagian RNA (setiap bahagian mengkodkan jenis protein yang berbeza-beza).
  2. Influenza A adalah daripada famili orthomyxovirus.
  3. Terdapat dua jenis protein yang melekat pada permukaan virus influenza A iaitu hemagglutinin(H) dan neuraminidase(N). H dikodkan pada bahagian RNA keempat dan N dikodkan pada bahagian RNA keenam.
  4. Hemagglutinin adalah protein yang melekat pada sel darah. Protein ini boleh mengikat pada pelbagai jenis reseptor pada permukaan sel. Hal ini memudahkan penyebaran jangkitan virus influenza A kerana boleh menjangkiti pelbagai jenis sel.
  5. Neuraminidase pula adalah sejenis enzim yang berfungsi untuk memotong ikatan antara hemagglutinin dan sel. Hal ini berlaku apabila protein hemagglutinin mengikat pada sel yang tidak sesuai seperti sel yang tidak menggalakkan replikasi virus tersebut.
  6. Kebanyakan jangkitan influenza A adalah pada bahagian pernafasan.
  7. Jenis-jenis influenza A adalah ditentukan berdasarkan kandungan N dan H yang berbeza-beza. 
  8. Sejarah tentang influenza A telah lama didokumenkan iaitu pada tahun 1800 apabila berlakunya epidemik (wabak).
  9. Pada perang dunia pertama (1918), seramai 40 juta (paling rendah) mangsa telah didokumenkan (WHO belum ada lagi). Seterusnya , jangkitan H1N1 juga berlaku pada tahun 1950.

10.  Antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza A H1N1 adalah orang tua, kanak-kanak/bayi, pesakit obesiti,  wanita mengandung, pesakit diabetes, serta individu yang mempunyai sistem immune yang lemah. Selain itu , pesakit yang pernah mempunyai jangkitan (jangkitan primer) juga berisiko untuk dijangkiti influenza A H1N1.

11.  Antibodi yang dihasilkan oleh tubuh manusia untuk jangkitan primer tidak sesuai untuk melawan jangkitan baru boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru (antibodi berperang).

12.  Golongan yang tidak aktif bersukan lebih mudah dijangkiti influenza A H1N1 berbanding golongan yang aktif bersukan kerana mempunyai sistem immune yang lebih lemah. (Golongan yang aktif bersukan mempunyai pengudaraan yang lebih baik dalam tubuh)

13.  Dua jenis antivirus yang boleh menyekat neuraminidase adalah oseltamivir dan zanamivir.

14.  Sel-sel yang sesuai untuk virus influenza A menjangkiti adalah sel-sel yang terdapat pada saluran pernafasan seperti mulut dan hidung.

LAIN-LAIN  (sumber dari http://h1n1.moh.gov.my)

Penggunaan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask) Di Kalangan Masyarakat

 

 

  1. Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
  • Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
  • Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema  seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.
  1. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti  Diabetes
  6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
  1. Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
  • Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
  • Nasihat penggunaan pelindung  muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
  • Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).
  • Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
  • Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
  • Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal  sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
  • Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.
  • Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
  • Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
  • Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.
  1. Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
  1. Apakah kegunaan surgical mask?

Rujuk lampiran 1 bagi rumusan penggunaan mask /respirator

  1. Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
  • Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
  • Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
    • – Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
  • Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
  • Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
  • Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan  mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.  
  1. Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan
  1. Bagi individu yang sihat :
  • Kekalkan jarak sekurang- kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza :
  • Jangan menyentuh mulut dan hidung.
  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.
  • Seboleh- bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.
  • Seboleh- bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;
  • Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda
  • dengan sentiasa membuka tingkap
  1. Bagi individu yang disyaki mengalami influenza :
  • Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor ;
  • Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan  dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.
  • Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.
  • Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.

Rumusan penggunan mask

Kawasan Mereka yang tidak berisiko tinggi Mereka yang berisiko tinggi (rujuk soalan no. 2)
Komuniti
Tiada H1N1 di dalam masyarakat

Mask tidak disyorkan

 H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang tidak sesak

Mask tidak disyorkan

H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang sesak Mask tidak disyorkan Hindari kawasan sesak.
Jika berada di kawasan sesak, pakailah mask
Rumah
Penjaga pesakit yang disyaki menghidap influenza Mask tidak disyorkan Mask disyorkan
Ahli lain di dalam rumah Mask tidak disyorkan Mask disyorkan
Pekerjaan (bukan penjagaan kesihatan)
 H1N1 di dalam masyarakat Mask tidak disyorkan, tetapi boleh dipertimbangkan bagi beberapa keadaan. Mask disyorkan 
Pekerjaan (penjagaan kesihatan)
Menjaga mereka yang disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza

Mask disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah disarankan

 

 

Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi

 

  1. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumahSekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?

Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar  termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah. 

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

 

  1. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu.  Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam. 

 

  1. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

 

Which groups at high risk for severe illness from Influenza A (H1N1) infection

 

 

 

  • Children younger than 5 years old
  • Persons aged 65 years and older
  • Children and adolescents (< 18 years) on long term aspirin therapy
  • Pregnant women
  • Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus 
  • Adults and children who have immunosuppression
  • Residents of nursing homes and other chronic care facilities

KiBSi: Daftar Sekarang!

•October 6, 2009 • Leave a Comment

Karnival Inspirasi Siswi (KALIS 09)

•October 1, 2009 • Leave a Comment

fst copy

poster KALIS '09 copy 1

JoM BeRbUkA pUaSa & BeRtErAWiH bErSaMa..

•September 9, 2009 • Leave a Comment

buka pose 09

Bukan senang namun ia taklah sesukar yang difikirkan..

•September 6, 2009 • Leave a Comment

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi adalah sebuah persatuan fakulti yang kuat,tegar, dan teguh walaupun menghadapi cabaran yang kadang kala mampu menggoyah layar bahteranya. Di kala insan lain sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran tetap ada insan yang bersekang mata di bilik persatuan untuk membuat persiapan sesuatu program. Kadang kala sehingga 3 atau 4 pagi barulah insan ini pulang. Tapi itu pun belum pasti kerja yang diberikan siap atau tidak. Makan?? Minum?? Tak siapa yang tahu perutnya terisi atau tidak. Bila dah buat program ada pulak orang komen itulah inilah. Aduihhh..pedih, tapi takpe anggaplah ini semua COBAAAN… 

 baca lagi…..