Karnival Inspirasi Siswi (KALIS 09)

•October 1, 2009 • Leave a Comment

fst copy

poster KALIS '09 copy 1

JoM BeRbUkA pUaSa & BeRtErAWiH bErSaMa..

•September 9, 2009 • Leave a Comment

buka pose 09

Bukan senang namun ia taklah sesukar yang difikirkan..

•September 6, 2009 • Leave a Comment

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi adalah sebuah persatuan fakulti yang kuat,tegar, dan teguh walaupun menghadapi cabaran yang kadang kala mampu menggoyah layar bahteranya. Di kala insan lain sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran tetap ada insan yang bersekang mata di bilik persatuan untuk membuat persiapan sesuatu program. Kadang kala sehingga 3 atau 4 pagi barulah insan ini pulang. Tapi itu pun belum pasti kerja yang diberikan siap atau tidak. Makan?? Minum?? Tak siapa yang tahu perutnya terisi atau tidak. Bila dah buat program ada pulak orang komen itulah inilah. Aduihhh..pedih, tapi takpe anggaplah ini semua COBAAAN… 

 baca lagi…..

 

“Ramadhan, tertutupnya pintu neraka”..

•September 6, 2009 • Leave a Comment

“Ramadhan, tertutupnya pintu neraka”..tajuk yang telah dibincangkan oleh ust. Wan Abdul Rahman dalam  Wacana Ummah yang diadakan pada 26 Ogos 2009. Program Wacana Ummah pada ali ini adlah bersempena dengan bulan Ramadhan yang telah hadir  sejak  22 Ogos lepas. Hampir 40 orang pelajar hadir  bagi memeriahkan lagi smabutan Ramadhan. Program anjuran Sekretariat Kerohanian ini bermula pada pukul 5.30 petang di mana ia bermula dengan bingkisan kalam dari ustaz Abdul  Rahman kemudian berbuka puasa bersama-sama pimpinan PMFST dan disusuli dengan solat berjemaah. Program ini adalah sebagai pembukaan kepada ihya’ Ramadhan yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan oleh PMFST. Ini bertujuan untuk menghidupkan lagi bulan yang mulia ini dengan aktiviti – aktiviti yang bermanfaat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan adalah, edaran kurma, tadarus Al- Quran, tayangan video Jejak Rasul, bacaan ayat Al-Quran dan kemuncaknya ialah Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan  pada 10 September 2009. Selain merapatkan hubungan ukhuwah sesama muslim dan hubungan perpaduan sesama bukan muslim, aktiviti yang dijalankan adalah untuk menggalakkan umat Islam khususnya tentang penghayatan Ramadhan sebenar. Islam tidak mensyariatkan apa-apa yang memudaratkan umatnya. Pensyariatan ibadah puasa contohnya adalah untuk mendidik manusia menjadi sihat, jujur dan ikhlas. Berpuasa akan membawa kita ke arah kejayaan jika kita benar-benar berpuasa dengan penuh keimanan. Sebab itulah puasa bukan hanya setakat menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi sekuat mana diri ini menahan diri dari hawa nafsu yang membutakan hati. sama -samalah kita renungkan apa makna puasa sebenarnya . Sekian

 

CIMG0194

 

CIMG0199CIMG0191

 

 

Taqwa

– rasa insaf & sedar sentiasa dalam diri

– sentiasa rasa takut kepada Allah

mAjLiS BeRbUkA PuaSa Beramai-ramai..

•August 26, 2009 • Leave a Comment

 

3844486517_33aaafe812_o copy 

Marilah beramai-ramai memeriahkan sambutan Ramadhan

 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi

hAyAti RaMaDhan BukAn SekAdAR pUAsA..

•August 26, 2009 • Leave a Comment

Kehadiran Ramadhan amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Walaupun hanya mendengar perkataan ‘RAMADHAN’, tetapi kita dapat merasai betapa rahmat & berkatnya bulan Ramadhan. ‘Bulan Ramadhan, Bulan Rahmat, Bulan Berkat, Bulan Terutama’…inilah petikan daripada sebuah lagu. Bulan Rahmat, kenapa ia dikatakan bulan Rahmat. Ramadhan member rahmat kepada umat Islam kerana di bulan Ramadhan tertutupnya pintu neraka, Allah  juga memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang bertaubat, rahmat bagi seluruh umat Islam apabila di dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam iaitu LAILATULQADAR. Ramadhan bulan berkat, umat Islam saling tolong menolong menghulurkan bantuan kepada warga kurang berupaya, anak-anak yatim,ibu tunggal dan sebagainya. Apa yang begitu terharu di bulan ini adalah, masjid-masjid & surau-surau penuh dengan orang. Alhamdulillah. Tal kira kecil atau besar, tua atau muda masing-masing meraikan kehadiran Ramadhan. Apa yang diharapkan agar kita semua jadikanlah bulan Ramadhan ini satu jangka waktu atau tempoh persediaan untuk kita menghasilkan momentum perubahan diri. Perbanyakkan amalan kita di bulan rahmat ini agar apabila berakhirnya ia, kita tetap istiqamah , terus melakukan amalan-amalan ini. Janganlah kita berhenti daripada apa yang kita buat atau usahakan selama sebulan itu. Carilah hidayah Allah sempena Ramdahan kali ini. Suatu kesedihan apabila kita kembali kepada perangai yang tidak disukai Allah apabila Ramadhan berakhir. Kenapa perlu begitu? Adakah timbalan amalan kita nanti hanya di bulan Ramadhan? Semestinya tidak. Timbalan amalan kita akan dihitung setiap waktu dan tempat hinggalah ke hembusan terakhir.

Seruan berpuasa ini telah dikatakan Allah, dalam firmannya yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamuberpuasa sebagaimanadiwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”

Surah Al-Baq arah, ayat 183

“Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat iman & Islam…

Syukur, Allah mengurnikan kita satu bulan yang penuh dengan barokah…

Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Syukur,Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahNya…

Syukur,Allah pertemukan lagi kita dengan bulan  yang mulia ini..

….“Ramadahan AL-Mubarak”…

…Alhamdulillah..

rAmAdHaN aL- MuBarAk & PMFST..ape kaitannya??

•August 24, 2009 • Leave a Comment

 

 puasa5

 

 Ramadhan menjelang lagi..kehadiran ramadhan kali ini diharapkan dapat memberikan satu kenangan & pengalaman baru buat pelajar-pelajar baru yang pertama kalinya berpuasa dan beraya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Apa yang diharapkan adalah agar bulan Ramadhan kali ini memberi makna yang mendalam kepada seluruh umat Islam terutamnya yang berada di bumi UKM. Allah telah mengurniakan satu bulan rahmat kepada umat Islam.apakah kita akan mensia-siakannya atau berusaha mencari identiti sebenar diri dan sekaligus menghasilkan satu  momentum untuk terus berada di jalanNYa. Pelbagai aktiviti-aktiviti diadakan sempena Ramadhan, tak kira masyarakat kampung atau bandar,tua atau muda ,akan sama2 akan menjalankan amal ibadat & kebajikan sebaiknya untuk memperoleh ganjaran di sisi Allah. Semoga apa yang diusahakan di bulan Ramadhan tidak hanya setakat itu sahaja. Sempena Ramadhan Al- Mubarak ini, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk penghayatan bulan Ramadhan. Nantikan program- program menarik sempena Ramadhan ini anjuran PMFST. Kepada pelajar bukan Islam anda juga dialu-alukan untuk bersama-sama memeriahkan & meraikan bulan Ramadhan.

“Together we unite, you’ll never walk alone” 

 

emeralda82

 

3845277154_eed49a51c0_o