“Ramadhan, tertutupnya pintu neraka”..

“Ramadhan, tertutupnya pintu neraka”..tajuk yang telah dibincangkan oleh ust. Wan Abdul Rahman dalam  Wacana Ummah yang diadakan pada 26 Ogos 2009. Program Wacana Ummah pada ali ini adlah bersempena dengan bulan Ramadhan yang telah hadir  sejak  22 Ogos lepas. Hampir 40 orang pelajar hadir  bagi memeriahkan lagi smabutan Ramadhan. Program anjuran Sekretariat Kerohanian ini bermula pada pukul 5.30 petang di mana ia bermula dengan bingkisan kalam dari ustaz Abdul  Rahman kemudian berbuka puasa bersama-sama pimpinan PMFST dan disusuli dengan solat berjemaah. Program ini adalah sebagai pembukaan kepada ihya’ Ramadhan yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan oleh PMFST. Ini bertujuan untuk menghidupkan lagi bulan yang mulia ini dengan aktiviti – aktiviti yang bermanfaat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan adalah, edaran kurma, tadarus Al- Quran, tayangan video Jejak Rasul, bacaan ayat Al-Quran dan kemuncaknya ialah Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan  pada 10 September 2009. Selain merapatkan hubungan ukhuwah sesama muslim dan hubungan perpaduan sesama bukan muslim, aktiviti yang dijalankan adalah untuk menggalakkan umat Islam khususnya tentang penghayatan Ramadhan sebenar. Islam tidak mensyariatkan apa-apa yang memudaratkan umatnya. Pensyariatan ibadah puasa contohnya adalah untuk mendidik manusia menjadi sihat, jujur dan ikhlas. Berpuasa akan membawa kita ke arah kejayaan jika kita benar-benar berpuasa dengan penuh keimanan. Sebab itulah puasa bukan hanya setakat menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi sekuat mana diri ini menahan diri dari hawa nafsu yang membutakan hati. sama -samalah kita renungkan apa makna puasa sebenarnya . Sekian

 

CIMG0194

 

CIMG0199CIMG0191

 

 

Taqwa

– rasa insaf & sedar sentiasa dalam diri

– sentiasa rasa takut kepada Allah

~ by pmfstukm on September 6, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: