Gabungan Pakar UKM, UPM

SERAH…Musa dan Fatimah meneliti surat hasrat
kerjasama yang ditandatangani UKM dan UPM, semalam.

BANGI: Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mencipta sejarah apabila bergabung tenaga dengan Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menjalankan penyelidikan untuk proses pemuliharaan paku pakis daripada diancam kepupusan.

Kerjasama terbabit turut merangkumi pelbagai aspek penting bidang penyelidikan antaranya pertukaran bahan saintifik serta kepakaran akademik dalam pembangunan ilmu berkaitan.

Malah kedua-dua universiti turut memiliki makmal semula jadi tersendiri bagi menjalankan penyelidikan iaitu Taman Paku Pakis di UKM manakala UPM pula Taman Konservatori yang masing-masing memainkan peranan penting dalam melaksanakan agenda pemuliharaan berkenaan.

Taman botani itu menempatkan sumber bahan penyelidikan terutama membabitkan paku pakis sama ada kajian konvensional melalui kajian sistematik; palinologi; dan anatomi serta kajian molekular; anti-mikrobial dan fitokimia.

Setiap satu hasil kajian diperoleh penting bagi mengelakkan kepupusan paku pakis serta pokok herba yang bernilai kepada negara dan masyarakat akibat kemusnahan habitatnya kesan daripada proses pembangunan.

Hadir menyempurnakan penyerahan surat hasrat antara kedua-dua institusi pengajian tinggi awam berkenaan ialah Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM, Prof Dr Musa Ahmad dan Pengarah Institut Biosains, UPM, Prof Dr Fatimah Md Yusoff.

Musa berkata, selain menjadi pusat penyelidikan, taman terbabit juga terbuka untuk kunjungan umum yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai spesis paku pakis yang ada dalam negara dan seluruh dunia.

“UKM memiliki 100 spesies paku pakis berbeza yang pastinya boleh memukau pandangan umum dengan keunikan serta bentuk fizikal tumbuhan berkenaan.

“Program ini memang kena pada masanya kerana di samping dilihat sebagai langkah permuafakatan antara proses penyelidikan tetapi manfaat yang diberikan juga amat lumayan,” katanya pada majlis penyerahan surat hasrat (LoI) antara UKM dan UPM di Bilik Mesyuarat FST di sini, semalam.

Sementara itu, Fatimah berkata, dengan termeterainya persefahaman dua hala ini sedikit sebanyak membantu proses pemuliharaan tumbuhan terbabit untuk dikongsi bersama bukan hanya generasi kini malah akan datang.

dipetik dari Harian Metro, 3 Julai 2009

~ by pmfstukm on July 3, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: