Audit Access OKU

cimg1250

Pada hari Jumaat yang lalu, Pembentangan Laporan Projek ‘Audit Access OKU’ telah diadakan di Danau Club Golf.  Secara umumnya projek ini adalah satu kajian atau penyelidikan di fakulti yg dijalankan oleh satu pasukan daripada PMFST berkaitan kebolehcapaian golongan OKU terhadap bangunan-bangunan di FST. Semua wakil fakulti masing-masing hadir bagi membentangkan laporan kajian yg telah dijalankan.

Setiap pasukan yg mewakili fakulti masing-masing yg terdiri daripada 12 orang telah bertungkus lumus menjalankan kajian dan menyiapkan laporan projek ini. Pada hemat saya, projek ini perlu dilaksanakan dan kajian yg lebih terperinci dijalankan kerana ia merupakan salah satu usaha ke arah menjaga kebajikan warga kampus. Walaupun di FST hanya terdapat 2 orang dari golongan OKU tetapi projek ini perlu bagi menyediakan kemudahan-kemudahan yg sepatutnya di fakulti untuk diakses dgn mudah oleh golongan ini.

Antara objektif projek ini diadakan adalah mengenalpasti, menambahbaik dan menyediakan infrastruktur mesra pelanggan di UKM. Selain itu juga bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengajaran & pembelajaran di UKM selaras dgn keperluan MQA. Secara tidak langsung, memberi satu laluan kepada PMFST sendiri untuk memperkasakan agenda ‘Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan’ yg lebih berfokus. Walaupun tidak terlibat dlm pasukan penyelidik tersebut, tetapi saya telah diminta membentangkan laporan projek ini dlm majlis tersebut. Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa gambar semasa majlis berlangsung.

cimg1259

Bergambar kenangan bersama wakil pasukan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)

cimg1261

Pasukan penyelidik dari FST bersama-sama Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum) Pusat Pembangunan Akademik, Dr. Rosadah Abd Majid dan turut serta Ar. NurAkmal Goh Abdullah selaku orang kuat kepada pelaksanaan projek ini.

diedit dari blog YDP PMFST

~ by pmfstukm on April 19, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: