Unity in Diversity

Unit HAK atau Hubungan Antara Kaum beriltizam akan mengadakan satu paradigma dalam memahami kepelbagaian budaya antara kaum melalui sains. Hasrat ini dapat direalisasikan dengan penganjuran Bicara Sains ttg Kebudayaan yang dijangka akan dilaksanakan pada semester hadapan. Bicara Sains tentang kebudayaan ialah suatu program yang akan dibuat bagi mempamerkan kelebihan-kelebihan adat-budaya kaum-kaum yang ada di seluruh Malaysia dari segi sains. Kerana kita semua adalah bakal saintis, dan kita juga ialah makhluk sosial yang akan senantiasa berhubungan dengan budaya, adat dan kemasyarakatan. Bagaimana kelak kemudiah hari jika seseorang bertanya pada kita : “Adakah gulai lemak itu sihat dimakan?”, “Macam mana cara mengurut yang tak mencederakan badan?”, dan lain-lain. Tentunya anda tak ingin perkataan “Maaf, saya seorang saintis. Saya tak tau” terkeluar dari mulut anda.  Kalau anda tak nak perkara tu berlaku, mari ramaikan majlis “Bicara sains tentang budaya”.

Apa kata pimpinan  HAK?

terence

Terence Ricky Chiu

Sebagai Exco Hubungan Antara Kaum yang baru dilantik untuk sesi 2009/2010, saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan untuk memegang portfolio ini. Saya juga mengharapkan komitmen daripada warga Fakulti Sains Dan Teknologi tanpa mengira kaum dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang bakal kami lancarkan untuk memeriahkan lagi program tersebut. Sebelum mengakhiri sepatah dua kata , sekali lagi saya amatlah mengharapkan kerjasama daripada pihak anda untuk program-program yang dianjurkan oleh PMFST. Sekian.

Abu Hurairah Bin Abu Bakar

abuNabi Adam yang berada dala syurga pun boleh rasa kesepian bila tiada Siti Hawa. Apatah lagi di atas dunia. Itu semua memang dah menjadi fitrah manusia yang dia tak akan merasa bahagia ila hanya berseoragan. Unuk itulah kita perlukan “hubungan”.

Lalu cuba anda bayangkan, seandainya suatu hari nanti hanya anda seorang yang berasal dari kaum anda yang berada bersama dengan kaum lain. Bagaimana anda nak berhubungan dengan orang yang tak sama adat dan budayanya dengan orang di persekitaran anda?

Untuk menjawab persoalan ni, di tubuhkan lah suatu Exco dalam PMFST yang bernama “Hubungan Antar Kaum (HAK)”. Marilah menjadi rakan HAK supaya anda dapat menghilangkan rasa takut akan keseorangan dan kami takkan biarkan anda keseo rangan.

Jika Anda :

· Boleh mengaitkan sains dengan kebudayaan.

· Ingin mengetahui lebih banyak tentang kepelbagaian kaum

· Mempunyai bakat terpendam dalam seni dan kebudayaan

· Setuju bahwa “Perpaduan Teras Kejayaa

Kami menunggu anda untuk turut serta menyertai di talian:

Phone: 014 857 1855 -Terence

014 930 0849- Abu

E-mail: terencericky9292@yahoo.com

abuhagrey@yahoo.co.id


~ by pmfstukm on April 16, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: