Setulus Bicara YDP

Assalamualaikum wbt dan salam sejahterawali

Pertamanya, marilah kita sama-sama menadah tangan mengucapkan syukur kepada Allah swt di atas segala kenikmatan yang kita kecapi selama ini. Dengan izin-Nya jualah kita masih mampu untuk menghirup udara segar, berjalan dan berkenderaan ke dewan-dewan kuliah seterusnya meneruskan pembelajaran bersama rakan-rakan mahasiswa yang lain sampai pada hari ini. Justeru, sama-samalah kita menjaga hubungan ketuhanan yang bersifat vertikal ini dalam pada masa yang turut menjaga hubungan horizontal kita sesama makhluk yang lain di atas muka bumi ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (FST) sekalian atas sokongan dan sambutan anda semua kepada Persatuan Mahasiswa FST selama ini. Kita di PMFST sentiasa berusaha meningkatkan mutu kerja yang cemerlang di samping meluaskan lagi jaringan perhubungan yang bersifat membumi khususnya kepada seluruh warga FST.

Rakan-rakan mahasiswa sekalian,

Pepatah mengatakan, “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Dalam ayat lain menyebutkan “patah tumbuh hilang berganti”. Ayat-ayat seumpama ini cukup sinonim apabila tiba sesi baru dan pertukaran kepimpinan ke tampuk yang lain. Hakikatnya, apalah yang ada pada nama andai hati nurani itu tidak seindah dan secantik nama. Justeru, saya menyeru kepada kepimpinan yang baru PMFST sesi 2009/2010 untuk kita memperkasakan usaha dan memantapkan gerak kerja bukan hanya untuk meninggalkan nama semata-mata tetapi lebih lagi sehingga terkesan di hati warga FST keseluruhannya.

Buat rakan-rakan FST semua, teruskanlah menyokong segala usaha dan kerja buat yang dirancang oleh kami. Siapalah kami tanpa sokongan kalian semua. Ibarat perahu dan pengayuh, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Berteraskan perjuangan kami ‘KEILMUAN, KEBAJIKAN, KESATUAN’ memberikan satu lagi paradigma ke arah usaha untuk melakukan transformasi yang lebih baik dari tahun ke tahun. Isu-isu berkaitan kebajikan dan keintelektualan mahasiswa akan terus kita bangkitkan bagi mewujudkan suasana kondusif di varsiti kita yang tercinta ini. Akhir kalam, renunglah pepatah Inggeris yang masyhur ini, “Yesterday is a history, tomorrow is a mystery, and today is a gift. That’s why it is called present”.

Sekian, salam transformasi.

MUHAMAD WALIYUDDIN BIN BAHARUDIN
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

~ by pmfstukm on March 4, 2009.

3 Responses to “Setulus Bicara YDP”

  1. emm prutusan apa nh???

  2. mcm kenal jer….pepatah tu…hakaha

  3. chaiyok2 ydp…
    moga pmfst trus berjuang menjaga kebajikan student fst..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: