Ihya’ Ramadhan~

Ahlan wasahlan ya ramadhan. Sempena menyambut kedatangan ramadhan yang telah bermula pada 1 September 2008, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (PMFST) telah mengadakan Sambutan Ihya Ramadhan. Sambutan ini dipengerusikan oleh saudara Mohd Arrabe’ Ahmad Baei, ketua Exco Informasi dan Teknologi. Antara tetamu-tetamu yang hadir pada program ini ialah  prof dato’ dr. mohd yusoff othman,pengarah institusi islam hadhari ukm, dr. azizan ahmad,pensyarah dalam bidang kimia di fakulti sains dan teknologi merangkap penasihat pmfst, warga pmfst, siswa dan siswi UKM dan tetamu jemputan khas iaitu adik-adik dari Maahad Tahfiz Anak-anak Yatim Darul Fuqaha,Bangi seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki berumur 12 hingga 17 tahun.

Sambutan dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk “realiti atau fantasi” daripada Prof Dato’ Dr Mohd Yusoff Othman, pengarah Institusi Islam Hadhari UKM. Beliau menceritakan tentang kegemilangan tokoh-tokoh ilmuan islam zaman silam seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Ibnu Batutta dan banyak lagi yang menjadi perintis kepada perkembangan pendidikan zaman ini. Dipetik dari kata-kata beliau “Seharusnya sebelum seseorang pelajar mendalami sesuatu ilmu, pelajar haruslah mempelajari atau mengetahui falsafah ilmu tersebut”. Rumusan yang dapat dibuat daripada ceramah yang disampaikan adalah dunia hari ini amat memerlukan islam. Selepas itu, majlis berhanti seketika untuk memberi laluan kepada para tetamu untuk menunaikan solat asar.

Selepas solat asar, sambutan diteruskan dengan majlis tayangan multimedia. Multimedia yang ditayangkan adalah hasil daripada kreativiti warga FST yang menyertai pertandingan multimedia yang telah dijalankan dua minggu yang lalu. Sebanyak enam penyertaan yang diterima dan hanya tiga yang dipilih menjadi pemenang. Tema pertandingan adalah ”Kegemilangan islam”.

Tamatnya majlis tayangan multimedia, maka bermulalah sesi penyampaian hadiah dan cenderahati. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh saudara Mohd Ammar Khalis Md Aris, Timbalan Yang Dipertua. Pemenang bagi pertandingan multimedia adalah saudari Aida Rahayu Mohd Badri yang mendapat tempat pertama, saudari Noor Shaidaa Mohd Roslan yang mendapat tempat kedua dan saudara Dony Adriansyah yang mendapat tempat ketiga. Ihya ramadhan pada kali ini juga menganjurkan pertandingan kuiz ramadhan yang dimenangi oleh saudari Anis Nirhana Hasni yang mendapat tempat pertama, saudari Noor Armiza Md Aris yang mendapat tempat kedua dan saudari Nor Raidah Rahmat yang mendapat tempat ketiga. Cenderahati pula diberikan kepada adik-adik dari Maahad Tahfiz Anak-anak Yatim Darul Fuqaha sebagai tanda penghargaan atas kehadiran mereka untuk memeriahkan majlis dan disampaikan oleh saudara Muhamad Waliyuddin Baharuddin, Naib Yang Dipertua 2.

Selepas itu, sambutan diteruskan lagi dengan majlis khatam al-quran yang disempurnakan oleh saudara Azizan Anuar yang dijemput khas daripada Fakulti Pengajian Islam dan diiringi oleh adik-adik dari Maahad Tahfiz Anak-anak Yatim Darul Fuqaha . Majlis khatam al-quran ini diadakan sempena aktiviti tadarus yang disertai oleh warga PMFST. Setelah selesai majlis tadarus para tetamu disajikan dengan persembahan multimedia tambahan iaitu dokumentari yang bertajuk ”The Fact of Creation” sementara menunggu waktu berbuka puasa pada jam 7.13 petang.

Majlis berbuka puasa berjemaah atau iftar ramadhan diadakan di pusat aktiviti pelajar, FST. Juadah berbuka puasa yang dihidangkan adalah bubur lambuk dan buah kurma. Selepas menunaikan solat maghrib, para tetamu dijemput untuk makan malam bersama-sama di dalam dulang. Hidangan makan malam adalah nasi ayam. sambutan diteruskan dengan solat isyak dan solat sunat tarawikh berjemaah di pusat aktiviti pelajar FST yang diimamkan oleh saudara Azizan Anuar. Setelah berakhirnya solat tarawikh tetamu dihidangkan dengan juadah moreh yang berupa kuih-muih. Majlis bersurai kira-kira jam 10.00 malam.

Secara keseluruhannya majlis ini berjalan dengan lancar. Banyak manfaat dan ilmu yang boleh diambil daripada program ini, antaranya adalah daripada sesi ceramah, tayangan video dan tayangan dokumentari. Selain itu, kita juga dapat menjalinkan silaturrahim dengan masyarakat luar sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa. sambutan sebegini juga dapat memberikan pendedahan berguna kepada mahasiswa baru mengenai ilmu berorganisasi. Oleh itu, diharapkan program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi dan tidak hanya tertumpu kepada bulan ramadhan sahaja, mungkin jika berkasempatan kita boleh mengadakan majlis seperti ini untuk sambutan maal hijrah ataupun maulidurasul.

~ by pmfstukm on September 21, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: