FORUM KEMERDEKAAN ‘Pindaan AUKU, Mahasiswa Menuju Ke Era Baru

TARIKH: 27 OGOS 2008
TEMPAT: DEWAN ANUAR MAHMUD, UKM
WAKTU: 9.00 MALAM

PENCERAMAH JEMPUTAN: YB DATO’ Ir. IDRIS HARON, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PENGAJIAN
TINGGI MALAYSIA
: YB SAIFUDIN NASUTION, AHLI PARLIMEN MACHANG
: PROFESOR DR. KAMAL HALILI HASSAN, DEKAN FAKULTI UNDANG-UNDANG
: ENCIK ABDULLAH ABDUL KARIM, PEGUAM & MANTAN PMUKM

FORUM DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALU-ALUAN DARI YANG DIPERTUA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI DAN UCAPAN PROFESOR MADYA DATIN NOOR AZIAH HJ MOHD AWAL, SELAKU MODERATOR PADA MALAM TERSEBUT. SEBELUM MEMULAKN FORUM, MODERATOR MENERANGKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI PERATURAN FORUM DIMANA SETIAP SEORANG PENDEBAT AKAN DIAJUKAN SOALAN DAN DIBERIKAN MASA SELAMA 10 MINIT UNTUK MENJAWAB.

SOALAN PERTAMA IAITUMENGENAI PERANAN MAHASISWA PADA MASA KINI DAN SEKARANG DIAJUKAN PADA PENCERAMAH PERTAMA IAITU ENCIK ABDULLAH ABDUL KARIM. BELIAU MENERANAGKAN BAHAWA TIAP-TIAP MANUSIA DI MUKA BUMI INI ADALAH KHALIFAH YANG DIUTUSKAN ALLAH S.W.T UNTUK MENTADBIR DUNIA INI DENGAN CARA YANG BERHIKMAH. MAKA, TANGGUNGJAWAB SEORANG MAHASISWA ITU ADALAH SAMA SEPERTI KHALIFAH. DALAM ERTI KATA LAIN, TIDAK ADA PERBEZAAN ANTARA MAHASISWA KINI DAN DULU KERANA TANGGUNGJAWABNYA ADALAH TETAP SAMA IAITU MENCARI ILMU DENGAN SEBANYAKNYA DAN MEMACU MINDA MEREKA UNTUK MENTADBIR DUNIA INI DENGAN BAIK.

SOLAN KEDUA DIAJUKAN PULA KEPADA TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA, YANG BERBAHAGIA DATO’ Ir. IDRIS HARON. SOALANNYA ADALAH MENGENAI PERANAN AUKU ITU SENDIRI DI MASA KINI HINGGA TERDAPAT BEBERAPA PERBEZAAN PENDAPAT MENGENAINYA YANGHANGAT DIPERKATAKAN SEMENJAK DARI DULU LAGI. UJAR BELIAU,SISTEM YANG TERBAIK ADALAH SISTEM YANG MAMPU UNTUK MELAHIRKAN MAHASISWA YANG BOLEH BERDAYA SAING DALAM APA JUA ASPEK. TAMBAH BELIAU, ASAS PENDIDIKAN ITU SENDIRI ADALAH “TO CREATE MAN WHO ARE CAPABLE TO DO NEW THINGS” YANG BERMAKSUD UNTUK MELAHIRKAN SESEORANG YANG BERKEBOLEHAN UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG BARU. SIMBOLIKNYA, AUKU YANG MULA DIGAGASKAN PADA TAHUN 1971 ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG CEMERLANG BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG SUPAYA MEREKA TIDAK TERPESONG DIKEMUDIAN HARI. PENTINGKAN ASPEK PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK ADALAH KUALITI YANG UTAMA MENURUT BELIAU.

FORUM YANG BARU BERLANGSUNG SELAMA 20MINIT TERHENTI SEBENTAR AKIBAT GANGGUAN DARI PELAJAR LUAR YANG INGIN DUDUK BERSAMA PERBAHASAN YANG SEDANG BERJALAN. KEADAAN MENJADI SEDIKIT TEGANG APABILA ADA SEGELINTIR PELAJAR YANG SECARA TERBUKA MEMOHON KEBENARAN DARI YB TIMBALAN MENTERI KPT UNTUK MEMASUKI DEWAN DAN MENDENGAR PERBAHASAN BERSAMA.

SOALAN KETIGA DITERUSKAN DENGAN DIAJUKAN PULA KEPADA AHLI PARLIMEN MACHANG, YANG BERBAHAGIA SAIFUDIN NASUTION MENGENAI CIRI-CIRI MAHASISWA YANG BERJAYA. BELIAU MENJELASKAN BAHAWA UNUK MELAHIRKAN GENERASI YANG CEMERLANG PEMIKIRAN MEREKA PERLULAH TIDAK DIKONGKONG. KEYAKINAN DIRI PERLU ADA DAN PERLU BERADA DITAHAP YANG TERBAIK. GUNAKAN AKAL FIKIRAN APABILA MEMEPERDEBATKAN TENTANG SESUATU ISU. CIRI-CIRI YANG DINYATAKAN UJAR BELIAU PERLULAH DIMULAKAN DIPERINGKAT PERMULAAN LAGI IAITU DALAM ERTI KATA LAIN DI PERINGKAT MAHASISWA KINI. OLEH ITU, BELIAU TIDAK SETUJU DENGAN SARANAN YANG MENYATAKAN MAHASISWA PERLULAH FOKUS PADA BIDANG AKADEMIK SAHAJA SEBELUM MULA TERLIBAT DENGAN URUSAN LUAR. BAGI BELIAU, AUKU PERLULAH BERSIFAT DINAMIK DAN BERINTERPRETASI.

SELEPAS TAMAT SESI SOALAN, DEKAN FAKULTI UNDANG-UNDANG PROFESOR KAMAL HALILI HASSAN MENYATAKAN BAHAWA SEBENARNYA DENGAN ADANYA AKTA IA MEMBERIKAN KUASA DAN HAK KEPADA PIHAK UNIVERSITI DAN PELAJAR KHUSUSNYA. MEMANDANGKAN PNDAAN AUKU BELUM DIBENTANGKAN LAGI DI PARLIMEN, BELIAU BERHARAP DENGAN ADANYA PINDAAN AUKU YANG BARU AKAN MEMBERI MAKLUM BALAS YANG POSITIF KEPADA PARA MAHASISWA KHUSUSNYA.

SEMENTARA ITU, ENCIK ABDULLAH ABDUL KARIM MENGANGGAP MASALAH MENGENAI AUKU BUKANLAH BERPUNCA DARI SEGI PERUNDANGAN PERUNTUKANNYA TETAPI PENGUATKUASAAN PERUNDANGAN YANG DILAKUKAN ADALAH BERSIFAT PILIH KASIH. BELIAU MEMBERIKAN CONTOH KANDUNGAN DI DALAM SEKSYEN 15 YANG MENYATAKAN BAHAWA SESEORANG PELAJAR TIDAK BOLEH TERLIBAT DI DALAM PARTI POLITIK TETAPI DIBENARKAN TERLIBAT DENGAN PERSATUAN LUAR KAMPUS.
PERNYATAAN INI AMAT BERBEZA DENGAN KEADAAN YANG BERLAKU SEKARANG, MAKA BELIAU MEMOHON DAN MENYARANKAN AGAR SEKSYEN 15 JUGA TURUT DIBENTANGKAN DAN DIBINCANGKAN SEMULA DI PARLIMEN.

DALAM SESI SOALJAWAB ANTARA HADIRIN DAN PEMBAHAS, ANTARA SOALAN YANG DIAJUKAN ADALAH HADIRIN INGIN MENGETAHUI BAHAWA APAKAH AKTA YANG MENGHALANG MAHASISWA DARIPADA TERLIBAT DALAM PERBAHASAN BERUNSUR POLITIK. SOALAN INI DENGAN JELAS DIJAWAB OLEH TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BAHAWA SETIAP MAHASISWA ADALAH MASIH TERIKAT DENGAN SEKSYEN 15 KERANA AUKU MASIH BELUM DIBENTANGKAN DI PARLIMEN. TERDAPAT 60 PINDAAN AUKU YANG DIRANACNG TETAPI UNTUK MEMBENTANGKANNYA ADALAH SATU PROSES YANG LAMA DAN PANJANG. BELIAU MENYATAKAN BAHAWA PIHAK KERAJAAN MENGHALANG PELAJAR TERLIBAT DENGAN POLITIK ADALAH KERANA KERAJAAN TIDAK MAHU MAHASISWA MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN TERHADAP SUASANA POLITIK SEHINGGA MENGABAIKAN PENGAJIAN MEREKA.

SESI SOALJAWAB DITERUSKAN DENGAN SOALAN KEDUA YANG MENUMPUKAN TERHADAP PERISTIWA DEMONSTRASI OLEH MAHASISWA UITM DIMANA IA ADILIHAT TELAH JELAS MELANGGAR PERUNDANGAN AUKU. YANG BERBAHAGIA SAIFUDIN NASUTION MEMBALAS ISU INI SEBENARNYA BEGANTUNG KEPADA SIFAT KETERBUKAAN SETIAP MAHASISWA. UJAR BELIAU, PEMBUKAAN PERMOHONAN MASUK MAHASISWA BUKAN BUMIPUTERA KE DALAM UITM ADALAH HANYA DI DALAM BIDANG TERTENTU SAHAJA.

SOALAN KETIGA PULA ADALAH MENGENAI KEKELIRUAN TENTANG UNDANG-UNDANG
SISTEM PILIHANRAYA DAN AUKU DIMANA SETIAP ORANG YANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS BOLEH MENDAFTAR MENJADI PENGUNDI SEDANGKAN DI DALAM AUKU IA TELAH JELAS MENGHARAMKAN PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM SEBARANG AKTIVITI BERBENTUK POLITIK.

SEPANJANG SESI PEBAHASAN BERLANGSUNG, ANTARA RUMUSAN YANG DAPAT DIBUAT ADALAH PIHAK UNIVERSITI UJAR PROFESOR DR. KAMAL HALILI HASSAN MENYOKONG SEBARANG PINDAAN YANG BAKAL DIBUAT DALAM AUKU. BELIAU BERPENDAPAT BAHAWA PIHAK KERAJAAN DAN PIHAK UNIVERSITI INGIN SEKALI MELAHIRKAN GENERASI MAHASISWA YANG CEMERLANG BUKAN SAHAJA BERPANDUKAN AUKU TEAPI BERPANDUKAN JUGA AKTA-AKTA YANG LAIN. RUMUSAN TAMBAHAN JUGA TURUT DIBUAT OLEH ENCIK ABDULLAH ABDUL KARIM DIMANA BELIAUMENYARANKAN SUPAYA MEMBERI PELUANG PADA MAHASISWA UNTUK MENLONTARKAN PENDAPAT MEREKA DAN BELIAU MENGGALAKKAN AGAR MAHASISWA KINI BERANI UNTUK BERSUARA DAN MENYATAKAN PENDAPAT. BELIAU JUGA MERASAKAN PINDAAN DALAM SEKSYEN 15 YANG MENYATAKAN BAHAWA PELAJAR HANYA DIBENARKAN BERSUARA DALAM PERKARA TERTENTU SAHAJA AMAT MENGONGKONG PELAJAR DAN BELIAU BERHARAP AGAR PEMBAHARUAN DAPAT DILAKSANAKAN BAGI MENGELAK SEBARANG DISKRIMINASI TENTANG TATATERTIB MAHASISWA KHUSUSNYA.

~ by pmfstukm on September 8, 2008.

One Response to “FORUM KEMERDEKAAN ‘Pindaan AUKU, Mahasiswa Menuju Ke Era Baru”

  1. Salam sejahtera.
    TAHNIAH PMFST krn menganjurkan program ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: