•December 29, 2009 • Leave a Comment
aLL tHE bEST tO aLL oF yOU…..
•October 19, 2009 • Leave a Comment
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN , SEMOGA KEJAYAAN
MILIK KITA SEMUA. INSYAALLAH



Analisis: Influenza A H1N1
•October 6, 2009 • Leave a Comment
oleh: Sekretariat R&D PMFST
ANALISIS KAJI SELIDIK TERHADAP SOAL ISU SEMASA
Tajuk : INFLUENZA A H1N1
Pada 14 September 2009 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) telah menjalankan kaji selidik tentang tajuk ‘Influenza A H1N1’ terhadap 150 orang responden yang kesemuanya terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kaji selidik ini telah melibatkan seramai 38 orang mahasiswa dan 112 orang mahasiswi yang terdiri daripada berbilang bangsa. Antara jumlah responden mengikut jantina dan kaum adalah seperti berikut:
|
JANTINA/KAUM |
MELAYU |
CINA |
INDIA |
LAIN-LAIN |
JUMLAH |
|
LELAKI |
19 |
15 |
2 |
2 |
38 |
|
PEREMPUAN |
72 |
34 |
4 |
2 |
112 |
|
JUMLAH RESPONDEN |
150 |
||||
Berikut adalah hasil kaji selidik tentang kajian influenza A H1N1 yang telah dijalankan :
Soalan 1 : Pada pemerhatian anda, adakah tahap influenza A H1N1 serius di UKM?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 15 | 23 |
| PEREMPUAN | 46 | 66 |
| JUMLAH | 61 | 89 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

Soalan 2 : Pada pandangan anda, adakah pihak pentadbiran UKM cukup memandang serius akan penularan wabak influenza A H1N1 dalam kalangan warga UKM?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 14 | 24 |
| PEREMPUAN | 92 | 20 |
| JUMLAH | 106 | 44 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

Soalan 3 : Pada pendapat anda, wajarkah penutupan institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah ditutup untuk mengurangkan penularan virus Influenza A H1N1?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 30 | 8 |
| PEREMPUAN | 76 | 36 |
| JUMLAH | 106 | 44 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

Soalan 4 : Pada pendapat anda, adakah pemakaian penutup mulut dan hidung berkesan dalam menghindari penularan Influenza A H1N1?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 27 | 11 |
| PEREMPUAN | 78 | 34 |
| JUMLAH | 105 | 45 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

Soalan 5 : Adakah anda tahu bahawa pemakaian penutup mulut dan hidung perlu ditukar setelah dipakai selama empat jam kerana akan berlaku pengumpulan virus?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 24 | 14 |
| PEREMPUAN | 84 | 28 |
| JUMLAH | 108 | 42 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

Soalan 6 : Adakah anda mengamalkan jarak yang selamat ketika berkomunikasi untuk menjauhi Influenza A H1N1?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 9 | 29 |
| PEREMPUAN | 48 | 64 |
| JUMLAH | 57 | 93 |
Peratus keseluruhan mengikut responden adalah seperti berikut :

Soalan 7 : Adakah anda mengamalkan pengambilan epal hijau sebagai langkah untuk menghindari jangkitan Influenza A H1N1?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 11 | 27 |
| PEREMPUAN | 20 | 92 |
| JUMLAH | 32 | 119 |
Peratus keseluruhan mengikut responden adalah seperti berikut :

Soalan 8 : Adakah anda mengetahui golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Influenza A H1N1?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 26 | 12 |
| PEREMPUAN | 82 | 30 |
| JUMLAH | 108 | 42 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

Soalan 9 : Adakah anda peka dengan masalah kesihatan anda dengan membuat pemeriksaan doktor serta-merta apabila mempunyai salah satu atau lebih tanda-tanda dijangkiti influenza A H1N1?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 21 | 17 |
| PEREMPUAN | 86 | 26 |
| JUMLAH | 107 | 43 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

Soalan 10 : Adakah anda bersetuju bahawa kesedaran menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan betul adalah hikmah berlakunya H1N1?
| JANTINA / PANDANGAN | YA | TIDAK |
| LELAKI | 35 | 3 |
| PEREMPUAN | 101 | 11 |
| JUMLAH | 136 | 14 |
Peratus keseluruhan mengikut pandangan responden adalah seperti berikut :

ANALISIS HASIL TEMURAMAH DENGAN PENSYARAH :
Antara kesimpulan-kesimpulan hasil temuramah dengan pensyarah tentang H1N1 pada 15 September 2009 yang lalu adalah seperti di bawah :
- Virus influenza A H1N1 adalah merupakan sejenis mikrob yang terdiri daripada kot luar, protein dan 11 bahagian RNA (setiap bahagian mengkodkan jenis protein yang berbeza-beza).
- Influenza A adalah daripada famili orthomyxovirus.
- Terdapat dua jenis protein yang melekat pada permukaan virus influenza A iaitu hemagglutinin(H) dan neuraminidase(N). H dikodkan pada bahagian RNA keempat dan N dikodkan pada bahagian RNA keenam.
- Hemagglutinin adalah protein yang melekat pada sel darah. Protein ini boleh mengikat pada pelbagai jenis reseptor pada permukaan sel. Hal ini memudahkan penyebaran jangkitan virus influenza A kerana boleh menjangkiti pelbagai jenis sel.
- Neuraminidase pula adalah sejenis enzim yang berfungsi untuk memotong ikatan antara hemagglutinin dan sel. Hal ini berlaku apabila protein hemagglutinin mengikat pada sel yang tidak sesuai seperti sel yang tidak menggalakkan replikasi virus tersebut.
- Kebanyakan jangkitan influenza A adalah pada bahagian pernafasan.
- Jenis-jenis influenza A adalah ditentukan berdasarkan kandungan N dan H yang berbeza-beza.
- Sejarah tentang influenza A telah lama didokumenkan iaitu pada tahun 1800 apabila berlakunya epidemik (wabak).
- Pada perang dunia pertama (1918), seramai 40 juta (paling rendah) mangsa telah didokumenkan (WHO belum ada lagi). Seterusnya , jangkitan H1N1 juga berlaku pada tahun 1950.
10. Antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza A H1N1 adalah orang tua, kanak-kanak/bayi, pesakit obesiti, wanita mengandung, pesakit diabetes, serta individu yang mempunyai sistem immune yang lemah. Selain itu , pesakit yang pernah mempunyai jangkitan (jangkitan primer) juga berisiko untuk dijangkiti influenza A H1N1.
11. Antibodi yang dihasilkan oleh tubuh manusia untuk jangkitan primer tidak sesuai untuk melawan jangkitan baru boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru (antibodi berperang).
12. Golongan yang tidak aktif bersukan lebih mudah dijangkiti influenza A H1N1 berbanding golongan yang aktif bersukan kerana mempunyai sistem immune yang lebih lemah. (Golongan yang aktif bersukan mempunyai pengudaraan yang lebih baik dalam tubuh)
13. Dua jenis antivirus yang boleh menyekat neuraminidase adalah oseltamivir dan zanamivir.
14. Sel-sel yang sesuai untuk virus influenza A menjangkiti adalah sel-sel yang terdapat pada saluran pernafasan seperti mulut dan hidung.
LAIN-LAIN (sumber dari http://h1n1.moh.gov.my)
|
Rujuk lampiran 1 bagi rumusan penggunaan mask /respirator
Rumusan penggunan mask
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor. Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut
Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah. Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.
Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.
Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain. |
|
|
Bukan senang namun ia taklah sesukar yang difikirkan..
•September 6, 2009 • Leave a CommentPersatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi adalah sebuah persatuan fakulti yang kuat,tegar, dan teguh walaupun menghadapi cabaran yang kadang kala mampu menggoyah layar bahteranya. Di kala insan lain sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran tetap ada insan yang bersekang mata di bilik persatuan untuk membuat persiapan sesuatu program. Kadang kala sehingga 3 atau 4 pagi barulah insan ini pulang. Tapi itu pun belum pasti kerja yang diberikan siap atau tidak. Makan?? Minum?? Tak siapa yang tahu perutnya terisi atau tidak. Bila dah buat program ada pulak orang komen itulah inilah. Aduihhh..pedih, tapi takpe anggaplah ini semua COBAAAN…
baca lagi…..
“Ramadhan, tertutupnya pintu neraka”..
•September 6, 2009 • Leave a Comment“Ramadhan, tertutupnya pintu neraka”..tajuk yang telah dibincangkan oleh ust. Wan Abdul Rahman dalam Wacana Ummah yang diadakan pada 26 Ogos 2009. Program Wacana Ummah pada ali ini adlah bersempena dengan bulan Ramadhan yang telah hadir sejak 22 Ogos lepas. Hampir 40 orang pelajar hadir bagi memeriahkan lagi smabutan Ramadhan. Program anjuran Sekretariat Kerohanian ini bermula pada pukul 5.30 petang di mana ia bermula dengan bingkisan kalam dari ustaz Abdul Rahman kemudian berbuka puasa bersama-sama pimpinan PMFST dan disusuli dengan solat berjemaah. Program ini adalah sebagai pembukaan kepada ihya’ Ramadhan yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan oleh PMFST. Ini bertujuan untuk menghidupkan lagi bulan yang mulia ini dengan aktiviti – aktiviti yang bermanfaat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan adalah, edaran kurma, tadarus Al- Quran, tayangan video Jejak Rasul, bacaan ayat Al-Quran dan kemuncaknya ialah Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan pada 10 September 2009. Selain merapatkan hubungan ukhuwah sesama muslim dan hubungan perpaduan sesama bukan muslim, aktiviti yang dijalankan adalah untuk menggalakkan umat Islam khususnya tentang penghayatan Ramadhan sebenar. Islam tidak mensyariatkan apa-apa yang memudaratkan umatnya. Pensyariatan ibadah puasa contohnya adalah untuk mendidik manusia menjadi sihat, jujur dan ikhlas. Berpuasa akan membawa kita ke arah kejayaan jika kita benar-benar berpuasa dengan penuh keimanan. Sebab itulah puasa bukan hanya setakat menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi sekuat mana diri ini menahan diri dari hawa nafsu yang membutakan hati. sama -samalah kita renungkan apa makna puasa sebenarnya . Sekian



Taqwa
- rasa insaf & sedar sentiasa dalam diri
- sentiasa rasa takut kepada Allah
mAjLiS BeRbUkA PuaSa Beramai-ramai..
•August 26, 2009 • Leave a Comment
Marilah beramai-ramai memeriahkan sambutan Ramadhan
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi
hAyAti RaMaDhan BukAn SekAdAR pUAsA..
•August 26, 2009 • Leave a CommentKehadiran Ramadhan amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Walaupun hanya mendengar perkataan ‘RAMADHAN’, tetapi kita dapat merasai betapa rahmat & berkatnya bulan Ramadhan. ‘Bulan Ramadhan, Bulan Rahmat, Bulan Berkat, Bulan Terutama’…inilah petikan daripada sebuah lagu. Bulan Rahmat, kenapa ia dikatakan bulan Rahmat. Ramadhan member rahmat kepada umat Islam kerana di bulan Ramadhan tertutupnya pintu neraka, Allah juga memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang bertaubat, rahmat bagi seluruh umat Islam apabila di dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam iaitu LAILATULQADAR. Ramadhan bulan berkat, umat Islam saling tolong menolong menghulurkan bantuan kepada warga kurang berupaya, anak-anak yatim,ibu tunggal dan sebagainya. Apa yang begitu terharu di bulan ini adalah, masjid-masjid & surau-surau penuh dengan orang. Alhamdulillah. Tal kira kecil atau besar, tua atau muda masing-masing meraikan kehadiran Ramadhan. Apa yang diharapkan agar kita semua jadikanlah bulan Ramadhan ini satu jangka waktu atau tempoh persediaan untuk kita menghasilkan momentum perubahan diri. Perbanyakkan amalan kita di bulan rahmat ini agar apabila berakhirnya ia, kita tetap istiqamah , terus melakukan amalan-amalan ini. Janganlah kita berhenti daripada apa yang kita buat atau usahakan selama sebulan itu. Carilah hidayah Allah sempena Ramdahan kali ini. Suatu kesedihan apabila kita kembali kepada perangai yang tidak disukai Allah apabila Ramadhan berakhir. Kenapa perlu begitu? Adakah timbalan amalan kita nanti hanya di bulan Ramadhan? Semestinya tidak. Timbalan amalan kita akan dihitung setiap waktu dan tempat hinggalah ke hembusan terakhir.
Seruan berpuasa ini telah dikatakan Allah, dalam firmannya yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamuberpuasa sebagaimanadiwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”
Surah Al-Baq arah, ayat 183
“Syukur, Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat iman & Islam…
Syukur, Allah mengurnikan kita satu bulan yang penuh dengan barokah…
Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Syukur,Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahNya…
Syukur,Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini..
….“Ramadahan AL-Mubarak”…
…Alhamdulillah..






